Thursday, December 31, 2009

NEW YEAR!!

aku tahu hari ni tahun baru 2010, no yg ong, gandaan no genap. tapi aku tak de mud nk tulis apa2 sbb perkara tetap sama, manusia tetap sama, peperangan tetap tak akan berakhir, pergelutan kuasa dunia tetap berkecamuk. apa yg dikatakan baru?

azam? sume berazam, nak itu,nak ini, nak capai sana, nak rebut sini, tu sume duniawi. cuba berazam nak solat penuh 5waktu, khatam Quran sebulan sekali, kumpul duit pegi haji. alhamdulillah, kalau sume antara kite berazam macam tuh dan syukur jika dapat menunai kan nya dengan lengkap...

entah la..mmg aku xtau nak tulis apa..
aku doakan semoga pembaca blog ini, terima kasih tak terhingga sbb sudi meluang masa utk melawat blog2 aku.. moga hidup kite di masa mendatang lebih di berkati dan bersama lah kita membina ukhwah sejati dalam memperkukuh kan lagi organisasi umat islam..

Monday, December 21, 2009

Terbang Merpati singgah di Pohon Cemara..


assalamualaikum

masa: 10 pm

tempat: Rumah

malam nie merupakan malam terakhir akak kat umah nie, pagi esok dia akan naik flight terbang ke Sabah dan menetap di sana mengikut suami tercinta. Akan hilang seorang lagi ahli keluarga ni. Satu2 nya kakak yg aku ada, gelak dengan dia, gaduh dengan dia, masak dengan dia, merempit dengan dia, macam2 dengan dia. Aduh, sebak lak ase nye. Tengok dia kemas-kemas barang, makin sayu hati aku. Buat masa ni mungkin mampu untuk aku menahan, tapi pagi esok...

walaupun selalu gak aku tak puas hati dgn sikap dia sbb kedekot n banyak cekadak, tapi jauh dalam hati aku, amat sayang dia. Abang-abang juga sangat sayang dia. Kat sini nak cite lah sikit tetang dia...

Beliau di putri kan pada tanggal 1985 di hospital besar Ipoh dan diberi nama Rohana Binti Zainal. Merupakan anak ketiga dari empat adik beradik serta anak perempuan sulung dalam keluarga. Seorang yang bercita-cita tinggi dan miliki pendirian yang tetap serta ketabahan hati yang amat cekal. Beliau seorang yang mudah tercabar dan akan menyahut cabaran untuk membuktikan bahwa Beliau tidak mudah mengaku kalah. Telah bertemu jodoh dengan perantau Sabahan yang bernama Mohd Asri ketika mereka bersama menuntut di Maktab Perguruan Cheras.

Membuktikan jarak bukan alasan untuk dua insan bersatu, Lautan bukan penghalang untuk mereka bersama.



akak! SAYANG kamo....

Thursday, November 5, 2009

proper day...

assalamualaikum, (tak pernah2 aku baik bagi salam bile wat blog kan....hahahaaa...)


hari ni aku baru abeh ppr pedagogy, sub yg pling aku ngantok n boring dlm kelas, (tak per kutok sbb da lepas..hahahaa..) sejak mlm kelmarin aku study, astafirullahalazim, tak masok apa dlam pale otk aku yg biol nie... sejak ppr TME (sub pling aku power laa kire nye...) yg lepas aku jadi blur sgt2, n di saat ini lah aku mula teringat umah, mama, ayah, airil... rindunya nak balik... masa ppr TME aku sedey sgt sbb tak dpt jwb part yg aku dah berulang kali ajar kawan-kawan aku, ya ALLAH, knp lah di saat genting itu ENGKAU tarik ilmu aku... jenuh aku bertawakal n beristifar moga kembalinya ilmu itu, tp hampa...(sedey siot!)

tapi walau pun begitu aku tetap memanjat kesyukuran yg tidak terhingga sbb ALLAH mengizinkan aku menjawab ppr peda dgn jaya nya... Insya'ALLAH, aku leh score...(yakin jer kan...) mira, roomate aku yg pling aku tension biler time study, tak leh jwb, aku agk simphaty dgn dia sbb dia mmg pulun giler mlm tuh... tapi rezeki masing-masing, kiter tak tau kan...

apa-apa pun aku wish pada sume yg sedang berjuang menjawab final, good luck n study smart not study hard sbb ia hnya akan membebankan otak...kita bukan ROBOT!!!

wassalam...

Monday, October 26, 2009

Ya Allah, Ampunkanlah Dosa Kami...

0515 a.m, 27 Oktober 2009
aku menangis dalam tidur, terjaga aku kerana tersentak kesedihan yang melampau sangat, lalu air mata aku tersembur keluar, aku menangis teresak-esak seperti suatu perkara yang amat pilu baru sahaja menerpa ke telinga aku.
amat aku sayang diri beliau di saat kami bersama, walaupun aku tidak menunjukkannya tapi aku lebih menyanyangi beliau dari isterinya. Beliau seorang yang tabah, cekal serta redha dengan ketentuan Illahi. Mempunyai 5 cahaya mata yang terdiri daripada 2 teruna dan selebihnya dara. Walaupun kehidupan beliau tidaklah sehebat mana namun beliau tidak pernah terhenti dari memanjat kesyukuran dengan apa yang telah Allah limpahkan kepadanya. Aku masih ingat lagi sewaktu beliau menegur aku kerana menonton drama korea, "ala paham ke orang tu cakap apa?" aku tersenyum kerana memang benar kata-kata beliau, untuk apa aku meninggikan volume peti tv padahal aku tidak mengerti kata-kata yang di sebut oleh pelakon itu. Dulu aku agak gerun dengan beliau mungkin kerana beliau agak tegas orangnya ketika mendidik abang-abang aku mengaji, atau mungkin aku agak kecewa pada ketika itu kerana dia tidak mengendahkan semangat aku ketika itu untuk berjuang bersama-sama abang-abang aku untuk menuntut ilmu dengan yakin memberi alasan aku masih kecil tapi dia memuji aku nampak comel bila memakai tudung pada seusia 4tahun.
Pada hari lahir beliau yang ke 73 aku telah menghadiahkan bekas kaca, mungkin bukan jodoh aku untuk lebih lama dengan beliau, bekas kaca itu pecah dan beliau memohon seribu kemaafan dari aku, amat aku terharu pada saat itu. Tiba sewaktu beliau jatuh sakit akibat dari penyakit kaum adam, aku dapat lihat betapa tenangnya air muka beliau sewaktu di hospital, walaupun bibir terkunci untuk berkata-kata tapi aku dapat merasakan keperitan yang beliau tanggungi. Dia berjuang untuk terus hidup di bumi-MU ini ya ALLAH kerana aku pasti beliau sendiri tidak pasti dosa pahala beliau selayaknya untuk menempatkan jasad serta roh beliau di surga-MU.
Masih aku membayangi, seawal pagi beliau mengayuh basikal untuk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga, keluar membeli barang-barang dapur, memenuhi segala pesanan sang isteri, bukan beliau tidak mampu memiliki kenderaan bermotor tapi beliau lebih menyanyangi anak bongsu beliau yang mempersuamikan seorang yang berat tulang dan hanya pandai menanam tebu di tepi bibir, beliau akur dengan ketentuan itu maka beliau berkorban demi kesenangan anak-anak. Pada pagi raya menjelang pasti cucu-cucunya pulang mencium tangan beliau, itu merupakan satu kewajiban bagi sesiapa yang datang ke rumah usang itu tidak kira muda mahupun yang tua. Sesungguhnya beliau amatlah dikagumi oleh penduduk setempat, sebutkanlah nama beliau pasti masih ada yang kenal sehingga ke hari ini.
0515 a.m, 27 Oktober 2003
Para malaikat telah datang untuk menjemput beliau, aku kaget apabila mendengar suara di corong telefon mengatakan beliau sedang nazak. Memang lama masa ALLAH telah berikan kepada kami untuk bersama beliau tetapi apa kan daya bukan jodoh kami untuk berada di sisi beliau di saat hembusan nafas terakhir beliau. Sayu tak terkata di hati kami melihat sekujur tubuh kaku di pembaringan, tidak bernyawa, tidak berganjak, tidak berkata-kata....
"Tok, Ala tak pernah lupa pada tok, maafkan ala sebab lama tak menziarah pusara tok, tapi mimpi yang ala ratapi tadi memang terasa tok hidup kembali, ala bersyukur sebab dapat jumpa tok semula walau dalam mimpi, tapi kenapa tok diam, ala peluk tok erat-erat, di saat itulah air mata ala keluar tok, ala rindu, ala mohon sangat agar ALLAH panjangkan hayat tok sampai tok tengok ala atas pelamin, tapi di tika itu juga tok menghilang.."
Ya Allah, KAU ampunkanlah dosa Haji Abdul Hamid bin Saad, KAU tempatkanlah beliau disamping orang-orang yang soleh dan ENGKAU peliharalah jasad serta rohnya..

Friday, October 23, 2009

tok..tok..tok.

petang tuh aku n mira bersama nami n nini pegi mengusung hati masing-masing ke jeti kuala perlis nak tengak matahari terbenam seperti mana hati kami yang terbenam akibat kekecewaan yang maha sangat, melihat air laut surut seperti mana surutnya jiwa kami melalui sat-saat gentir ini. ALLAHUAKBAR! memang cantik ciptaan ALLAH, hebat sungguh kuasa-NYA. aku kagum melihat kebesaran-MU. KAU hilangkan matahari dari kami, tapi KAU timbulkan bulan sebagai pengganti di malam hari. adakah itu yang cuba kamu ujikan pada aku?

termenung kami termanggu melihat semua yang berlalu dengan hati dan pandangan mata yang redup. adakah aku betah untuk terus berdiri di menara ini? inikah apa yang aku ingin kan selama hayat aku di bumi ini?

"mama, ala rindukan saat kita bersama,saat di mana semua anak-anakmu bersama,saat di ketika engkau aku lihat tersenyum tanda bangga,mengalir di bening tabir matamu mutiara jernih,bersama kata-katamu yang sungguh menyentuh ke sanubariku,tidak henti memesan dan menasihati,tunjuk ajarmu akan aku sentiasa semat di hati"


Tuesday, October 20, 2009

instrukter life...not conducter, ok...

dari atas, Zul, zetty, kasyah, k.emy
tengah, shida, reo, aina.aku, zira.fredy, k.ja and akid...

pada tanggal 4oktober yang lalu, aku bersama rakan-rakan aku telah berjaya menjalankan aktiviti di pulau pangkor bersama junior-junior aku yang hampeh2...hahahaa...
memang best la pegi pangkor... dpt kenal dgn junior2 yang tomey2...mcm tak caya jer...hahahaa...lagi tak caya...depa percaya aku baru part 1... hahahaa.... memang sukar dipercayai...siap minat-minat mcm superstar lak...perasaan sungguh aku ni...

Monday, October 5, 2009

somE-WAN

when i feeling small, when its cold outside
i don't know who i should believe
and when i needed someone special just by my side, who was there?

when i'm feeling cold, when it's rain outside
i don't know who is holding me and when i need a little kind and tender moment, who's with me?

i believe
someday i will love with someone who's by my side, someday...

my special one will come alone and i'll pray everyday...

when i'm lost inside, when i'm down and out
i don't know who i should recall and when i needed someone precoius just be my side there is no one there, no one was there...

someday i will love maybe someday one day will come,
i keep on praying everyda...

Sunday, October 4, 2009

My Sem4 Dinner..

The day that we all have been waiting for along time, 2 years we been planing for tonite performance. here it is. the nite where we were unite again to show them that we also can do it. NITE OF THE ARMY MUSICAL.
myra bujet bz, to pon payah kena suroh...

muke malas buat koje jer nie...
kami bersiap segala bendalah seawal sebelum syawal lagi, planing macam2, segala jenis idea di curahkan...dan lihat lah hasilnya..


eh, nie muke aku...

silap-silap, malam ni kami bertemakan army musical, di mana kesemua yang hadir berpakaian ala-ala army, memang meriah tapi agak serabut di akhir persembahan kami...
lukisan muke-muke lec kami yg hensem n cun...
mana 1 gurl, mana 1 boy?? pk lah...
yob, mencapap...
roomate aku yg sumey2...aku, ika, myra...
apa-apa hal, korang memang bez n hevoc la, cayalah TRAPEZIOD!!!

Friday, October 2, 2009

xoxoxo..yang indah...

hati aku riang malam ini walau di sewaktu ketika petang tadi aku menitis air mata lagi kerna dia. hari aku bagai terbit mentari yang indah seindah bulan pernama malam ini. walau pada tika saat sebelum aku mengorak langkah itu, aku memang cukup berasa kecewa dengan apa yang terjadi pada kami. diam seribu makna di sebalik kesibukkan masing-masing setelah penat meraikan hari bahgia seminggu syawal yang lepas. namun dia menaikkan semula senyuman di bibir aku. sungguh aku merindui dia dan waktu-waktu kami dahulu. aku sering menadah tangan pada yang maha Esa agar kami di kurniakan semula detik-detik indah dulu walau untuk seketika waktu yang singkat. akan aku paterikan saat itu sehingga aku di hujung nyawa.

terima kasih..

Thursday, October 1, 2009

haru biru hidup aku celaru

apakah ini semua?

Dari awal hingga akhirnya tiada sedikit pun perubahan. Yang tak menentu aku juga yang terpaksa telan sorang-sorang, kegelisahan dan sifat memberontak secara diam membuatkan aku tidak senang dengan sikapnya. memang dia tidak merampuih kerana aku, tapi aku yang terasa bila hentakkan demi hempasan buku-buku dan pintu-pintu yang dilakukan telah menusuk ke kalbu aku. sedikit demi sedikit, hari makin hari, masa berganti masa, hati aku di robek, di hiris, di cabul, di cekam pelbagai perasaan.

ke mana bintang beribu di malam ini tiada satu pun yang kelihatan kecuali kelam, seperti memerli kerundungan duka di hati aku. mungkinkah hujan akan turun menemani malam? Makin sepilah malam aku ini tiada teman bicara walaupun mereka ada di depan mata. Walaupun lena aku panjang setiap masa, tiada mimpi indah yang bakal bertandang untuk mengisi kekosongan aku sepanjang aku menghitung hari berlalu, seksanya aku walaupun hati sentiasa teringat. Kau jauh di atas sana dan sudahnya aku akur dengan perpisahan dan tak aku duga kau jelma pula menagih lagi janji lama. Memang amat sukar bagi aku untuk terima kehadiran untuk bersama semula. Tak perlu kau menjelma lagi mahupun nyata atau mimpi kerna bagi aku semua yang berlaku aku biar kan berlalu.

Terjauh terpisah diriku dan dirimu dalam ruang, waktu dan mertabat maruah. Aku jalani sepiku tanpa kamo semua selama yang mungkin. Resah aku tanpa hadirmu tak pernah kamo memikirkan, sungguh berat hatiku merasakannya, perpisahan yang amat terasing kamo berikan pada aku. Di atas kesalahan dan balasan hukuman yang tidak patot kamo berikan tanpa aku mengerti di mana khilaf aku. Kamo sememangnya hebat dalam mengadili dan menilai orang lain, sedarlah kamo juga bukan malaikat yang suci lagi.

Wednesday, September 30, 2009

Oktober...we meet AGAIN...

Ketika diri ku meniti langkah hidup yang baru, kosong dan keliru mencari arah tuju, namun aku mampu berdiri mengharungi segala rintangan yang di uji. Apabila diri aku teguh pantas merentasi segala yang terjadi dan halangan yang aku alami, baru lah aku merasa sendiri kesepian ketika tiada pengganti di sisi mengubat luka hati.

keseorangan memaksa diri aku untuk terus tabah tanpa rela menyerah kepada takdir yang buka sepatutnya berada dalam sejarah hidup aku, namun kesepian yang aku rempuhi itu benar-benar mengajar erti kasih, hampa dan pengorbanan demi CHINTA.

Ibarat seteguh karang yang duduk diam di dasar lautan, biar ombak yang datang tiada penghalang..
Seperti kerdipan nian cahaya nur kasih yang sentiasa bersinar indah ibadahnya, begitu mempesonakan kerna ia lahir dari jiwa dan sebuah hakiki yang suci..

oh TUHAN, tolonglah diriku, aku sungguh menginginkanNYA, untuk menchintai aku dan mendampingi aku di dalam sepanjang hayat aku kali ini.

oh TUHAN, bukalah hatiNYA untuk melupakan khilafku, yang telah menjadi duri dan racun di dalam hatiNYA dan menyakiti hatiNYA, tolonglah aku yang melukaiMU, aku meinginkan agar engkau tahu dan mengerti bahawa aku selalu CHINTA padaMU..

sesungguhnya aku telah menyesalinya semua segala kesilapan dan khilaf yang takkan aku ulangi lagi demi MU.. aku yang tak pernah bisa mengerti akan hati aku telah membiarkan aku meratapi sepi sendirian tanpa merujuk dan memohon dariMU..pemergianmu telah merunduhkan duka pada aku yang telah diubati oleh dirinya dan mengganti diriMU di hati buat pertama kali nya dan seketika waktu masa berdetik..

kotakanlah janji MU yang kau akan selalu di samping aku, kerna percayalah aku akan selalu temani MU dan setia pada lafaz janji aku dulu, biar kita bersama selamanya dan hanya aku pinta agar engaku terimalah diriku seadanya. Aku juga harapkan kau takkan lupa segala mimpi2 indah kita.

Aku telah membuatkan diriMU berasa amat bererti dan di perlukan sentiasa di sampingku sebagai pembakar semangat untuk aku menempuhi hayat yang mendatang dengan lebih tabah dan berkeyakinan. Jangan biarkan aku keseorangan dan terkapai mencari genggam erat tangan MU dan jangan biarkan aku terlepas dari genggamanMU. Kejarlah diri aku supaya kita kan teros bersama..

Sesungguhnya takdir bertemukan aku dgn diri MU yang membuat aku jatuh CHINTA, gelisahnya aku bila terfikir tentang bayang MU yang menghantui setia mimpu tidur aku, takdir yang bisa kan ku fahami dan mengerti disebalik kehadiran diriMU. Saat ini ketika aku terbuai dalam ruang takdir chinta di hati aku.

Walau begitu hening cuaca hari-hari yang mendatang, aku akan tetap menchintaiMU, merindukanMU, menginginkanMU sampai kapan pasti tak bisa bertemu lagi dengan diriMU.. Akan kau pasti bertemu jua dengan aku.......

Thursday, September 10, 2009

on9 sampai mata sembab..

tadi aku terjaga sebab abang radz call tanya ttg bag dia. aku igt da pagi n dah lambat nak g jumpa sir fik, rupa nye baru jam 11. aku terus buat keje aku sebagai SU, besa la menaip jer, harap jgn sampai aku dpt penyakit arthritis jer. kali ni memang aku cukup begang, pndrve masok air. maksd aku kena serangan virus. ni mst dr lptp adik. hampeh toi... maka terpaksa la aku menaip 20 surat mlm td. penat woo.. dengan ati yg kecewa sbb aku da siapkan sume keje aku awal2, spa kenal aku tau la, aku xska keje last minute. alhamdulillah dgn berkar kesabaran aku, siap juga, moga sir fik trima dgn hati yg riang esok.

pastu, aku n roomate aku on9 sampai pagi, tapi aku tido lek jam 4pg, sbb aku mana leh tak tido. tido tuh teman sejati dlm hidup aku. dia lah yg mampu menenangkan jiwa aku bile aku resah. dia jela yg setia mendengar tangisan aku setiap malam. hurmmm.....

tapi tak tido seharian nie perkara besa bg aku. cuma skunk aku maleh nak jadi keluang, mlm berjga siang tido, sbb siang ari skunk ni aku byk program. koje koje koje... bosan...

Exzidente..

hari nie lepas kelas tmt dgn ma'am, aku kaunseling dgn dia. aku luah suma pasal kwn2 aku pd dia sbb dah tiada siapa lagi yg aku percaya kat sini. memang menangis aku cerita ttg fatin. kenapa la dia brubah mcm tu? apa salah aku entah... ma'am bg respond yg amat aku suka, dia bg pandangan dia dan nasihat pada aku. tapi aku rasa ma'am masih samar-samar ttg isi dairy aku tu. haruskah aku teruskan sesi kaunseling tu? aku memang ada rasa lega selepas tu, tapi aku juga risaw nnt ma'am asik tgk aku jer sepanjang kelas beliau. aku ni bkn nya pandai mcm eja. berserah jela. bak kata beliau, positive thinking. ok.

petang tuh kelas teory basketball, tiba2 dpt tau hamdan n el xcdent. adk minta tlong ntar dia g kangar, aku pun tolong dgn ati ikhlas(insya'ALLAH). maka tertinggal lah kelas softball ptg tu. balik tu, berbuka di stor FSR, kapten blanja, memang bez. kapten amri mmg terbaik ar...

call mama, citer ttg xcdent tu, mama da risaw. call opah, sbb yong bg msg sedey lak kan:
'slm.,hanya renungan.opah kita dh
tua,dh 80 thn.dah uzur sgt.thn dpn
lum tentu ada lg.apa kata sblm
tlewat layangkan kad ucapan @
cal tanya kabo.dia rindu cucu2nya.
sbg cucu sulung yong sj nk
ingatkan adik2.dia selalu sebut
nama,xda yg ttinggal 21 org..'

mmg sentap gak..


Wednesday, September 9, 2009

SRV aku kat arau...

petang nie aku kacau sangat, dengan ma'am azzura merajuk dengan perangai dak2 kelas, abeh kelas petang td aku teros gi ronda kangar, memang chantik giler permandangan kat sawah padi, tenang jiwa raga aku (kejap la). dok sedap ronda tiba stop kat depan umah cine kat tmn bukit kaya, memang orang-orang kaya jer dok situ, tapi besa la, kat malaysia ni klau kaya mesti la orang cine jer...

pastu pegi la bazaar ramadan kangar, sbb teringin sgt nk mkn roti john, nmpk sedap ari tuh. balik u teros pegi sportcomp, sampai2 jer tros mira ajk pg cc laa, photostat laa, geram pun ada, igt aku kuli drebar dia, da la berat mcm anak gajah, klu bwk dia mst minyak cpt kering, tayar lembik. giler berat toi minah nie.

malam tuh, kelas peda, mmg aku ngantok sgt, abeh jer kelas terus g tgk dak group b fitness test. din sememang nye dodo posing mcm tuh kat dpn aku. tp tak tergugat pown. mampos ko la..


din yang DODO! punggung BUSUK!



balik malam tuh yang bez, sakat zatty,along,opie n emie.. memang pucat muke depa... hahahaa.. nak tau aku watpe pg baca kat page dead is only the beginning.. pastuh singgah dining laki, ntah mimpi apa asrul nak blanja aku mkn, apa lagi..tp aku mintak benjo jew... hahahahaa...

tq asrul..ko memang terbaik ar..

Tuesday, September 8, 2009

ya ALLAH! kami SYG dia..

pada tanggal 8 sept lalu, Mohd Arzmil Airil telah di masok kan ke hospital besar ipoh.
beliau terpaksa menjalani 1 pembedahan di bahagian testis
kerana masalah angin pasang yang sering mengganggu kelincahan beliau.
10 jari aku memohon agar ENGKAU jangan ambil beliau dari kami secepat ini.
kembalikan lah kegembiraan kami dengan kehadiran beliau di dalam keluarga ini.
dan janganlah ENGKAU tarik sebarang keistimewaan yang telah ENGKAU kurniakan kepada beliau...
ALHAMDULILLAH..
pada jam 10.45pagi, beliau telah selamat di bedah..
semoga syawal yang bakal menjelang nanti maksu dapat tengak airil gelak dan berlari tau...
kalau boleh, dah pandai bercakap ye...
cayunk dia! muax!

mana junior!

today, i pergi presentation dak Ulna.
survival, di semarak rimba.
1st time i pegi, bez gak tgk gelagat depa.
tp sedey, depa sume dok tanya 'akak, sportrec ke?'
sedey nye...sume xkenal aku...
wat penat nek pentas perkenalkan diri mcm org dodo time AGM...
tapi dpt knl dpe mmg bez...
jgn salah tgk ek...noo skandal...
depe sume junior...tp tgk le
k sapa yg junior???












Monday, September 7, 2009

pagi raye...

pagi raye yg bakal menjelang nie, aku nak nangis semahu-mahunya...

sujud menghadap ILLAHI dengan penuh kekusyukan... aku tahu, aku bukan manusia yg sempurna yg sering melupakan-NYA... jahilnya aku kerna mengingkari perintah-MU... bodohnya aku kerna menduakan cinta-MU... ampuni aku ya ALLAH... sesungguhnya aku leka dengan nikmat yg engkau berikan, aku alpa mengejar kebendaan dan keseronokan sedangkan aku harus lebih menumpukan kepada jalan keredhaan...

di bulan yg mulia ini, aku menahan segala godaan dan hasutan syaitan yg bertopengkan manusia, aku berlari mengasingkan diri, biar aku terpinggir asalkan aku tidak terpesong seperti mereka... ENGKAU jua yg telah memberikan aku hidayah ini, aku panjatkan kesyukuran pada-MU...

Saturday, June 20, 2009

lahir nye seorang wira..




nama diberi MOHD ARZMIL AIRIL B. MOHD ARZMIR
diputerakan pada tanggal 17 march 2008
anak serta cucu sulung dalam keluarga EN.ZAINAL
seorang yang BUAS, suka panjat tapi tak tau turun.




suka berak diam-diam n suka makan macam MAKSU dia.
mempunyai kelebihan KEPALA yang KEBAL, sebab suka buat aksi lagak ngeri yang melibatkan kepala dia jejak bumi dulu.



suka pakai baju superhero seperti spiderman, superman n yang sewaktu dengannya kerana abah dia berharap satu hari nanti dia dapat menjadi superhero yang disegani.
suka senyum tak tentu pasal, dan agak playboy masa kat sabah.

sekian..tq..

Friday, June 19, 2009

SABAH...1st DAY...


hotel kami di pekan Samporna SABAH..pekan nye besa jer mcm pekan parit gak...matahari kat sini terbit cepat..kami igt da tgh hari rupanye bru kul 10pg... si kenit ni jgk yg hapi, sampai tak tido mlm...pelik toi...hahahaa... suma da siap... apa lagi... pengembaraan diteruskan lagi...
hahhaaa... LAYAANN...


hotel kami tol2 depan banggunan komuniti, masjid kat sana tak segah kat semenanjung, mereka ni memang kurang solat 5 waktu, tapi tentang perihal yang lain memang power, tapi masalah soSIAL tak de kat sana, alhamdulillah remaja kat sana tak macam kat tempat kita, bersepah berpeleseran, di sebabkan ekonomi mereka tidak setabil, maka ramai juga anak-anak muda yang bekerja buruh dan meniaga. lepas sarapan pagi dengan roti canai samporna, abang min macam besa dok berebot kereta sewa lak. ada 3 buah kereta, iswara merah milik abang asri, kancil puteh and viva sewa. abang aku sebat viva la dah itu yang terbaru and ada air-cond. buruk perangai toi.

barang dagangan mereka disini mutiara lah. so, abang asri bawa kami ke Floating, teman ingatkan nak pegi berenang, rupenye tempat shopping. tapi itu kira tempat jualan survenior untuk pelancong-pelancong la. memang murah amat. klu kat tempat kita labu sayung, kain batik, songket, tudung, kat sini kalau nampak makcik-makcik atau akak-akak pakai gelang n rantai emas berkati-kati jangan la terkejut, wat-wat tak nampak jer tau, sebab kat sana kan tak de shopping cmplx, maka mereka banyak perabihkan duit pada beli harta macam barang kemas, tanah, rumah. rumah kat sana jangan cakap ar. macam mana rumah datuk-datuk kat sini, itu lah rumah rakyat-rakyat biasa di sana, memang besar.

kemudian kami teroskan perjalanan dengan jalan-jalan cari makan lak. kali nie kami ke rumah tok penghulu kampung. ada kenduri kawen anak dia. kalau tak tarikh kenduri tu sama dengan akak tapi di sebabkan abang asri kawen dengan orang semenanjung maka tok tu sanggup percepatkan tarikh kawen anak dia semata-mata sebab akak. dasat toi. memang gempak sampai kat rumah tok tu. da macam keraian cina mampos pon ada. dengan berpancaragam nye. kami kat atas rumah mengalai lak. memang meriah la. suma orang-orang mereka sambut kedatangan kami dengan baik.

tapi kami nie tak cukup baik la pulak. teman, yong, kak liza n anak, bersama 2 orang abang teman yang sengal leh buat alasan 'asri, airil ni dah mula meragam, cadangnye kami nak balik hotel dulu la sebab susu dia tertinggal'-abang min. padahal abang yin n abang min da tak larat nak makan makanan orang sana. kami pun balik ke hotel tapi tak sempat nak melabuh bontot atas katil akak da call, 'satg kami datang kita gi makan kat umah asri'. last2 kena makan gak. hahahahaa.. cian abang teman. pelik, teman makan elok jer, sedap woo..

tapi time makan tengah hari tu cian tol kat abang min, edy buat lawak abang min sampai merah2 muka. edy tu anak tunggal kakak angkat abang asri, agak sadis citer mak ayah dia. bercinta dari form1 bertunang waktu form3, kawen form4 tapi bercerai form5, mak dia menganduung kan dia time jawab SPM, bayangkan lah... kalau bercerai sebab bapak dia jumpa pompuan lain kat oversee leh teman terima, bila dapat tau bapak dia jumpa pumpuan lain kat Poli jew, memang sumpah seranah teman kat insan yang berjantina lelaki. tapi itu ah duniawi.

SABAH..Here WE cAME!

di sini teman sediakan pengambaran kami sekeluarga untuk santapan anda sepanjang permulaan kami ke SABAH baa...
hahahaaa...

seawal pagi2 kami menaiki bas ke LCCT dari terminal Gopeng, IPoh.. kami menaiki 2buah kereta ke stesen bas, kete gen2(kete abang min) n viva(kete akak), kemudian di letakkan di rumah pikah n abg long(abg pikah) antar abang min n akak ke stesen bas... abang min n kak liza bersama airil, mama, akak rohana n suami abang asri, teman n abang yin, oh terlupa, kakak sedara yg nyaris2 nk kena tggl, yong intan yang mulut kecoh n susah nk control...hahahaa...


mcm besa, apa2 hal pon bdk kenit ni mst sebagai pembuka selera...hahahaa..


abang yin yang sibok dgn bzness dia... kaya dalam diam tuh...

abang min & kak liza..



setibanye kami di LCCT, memang perak nak mampos...almaklum la, 1st time nek kapal tobang..sebelom ni nek kapal layar jew...hahahaa... kat sito mmg ramai manusia.. nasib bek time tuh xde lg kes H1N1, klu tak mampos teman... setiba di sana kami di sambut oleh keluarga angkat abang asri, mak angkat dia, kakak angkat dia bersama anak lelaki dia, n adik angkat dia.. depe tu mula2 mcm kurang mesra, tapi bile da kenal...ALLAH je yg tau...


cik, xde diskaun kew???


kak liza, utk airil lupa nak beli...nyorok dia dlm bek jela ek..





tapi.. serius..pemandangan dari atas memang chantek...itu lah kebesaran ALLAH..berebut kot nak dok tepi tingkap tapi di sebab kan wat muke sumel org sabah tuh bagi teman dok kat tmpt dia..hahahaa..pedulik hapa aku..

kepulauan india


aku di awan biru yang nyata..


mana orang tesayang aku ni??


santiknyeee...


andaiku dapat tinggal di awak itu...


da sampey kat TAWAU, SABAH...kali ni berebut lagi nk nek kete mewah...nasib bek pengantin nek kete Honda city klu tak mmg teman and abang teman sebat dulu...kami nek ford milik bapak sdara abang asri...sempoi gak...


itulah belon yg kita nek td ek??


yeah!

sepanjang perjalanan memang agak bosan..mcm balik kg parit, jln sunyi sepi, maklunlah kg kan..tapi jln lurus jer...kami sampai di tawau jam 6.30, tapi mcm da waktu mgrib..sbb tu org cini berbuka pose cpt... kami sampai di rumah keluarga abang asri tros di hidangkan PAYAU.. perghhh...mmg sedap...sbb lapo...
hahahaa...