Thursday, October 1, 2009

haru biru hidup aku celaru

apakah ini semua?

Dari awal hingga akhirnya tiada sedikit pun perubahan. Yang tak menentu aku juga yang terpaksa telan sorang-sorang, kegelisahan dan sifat memberontak secara diam membuatkan aku tidak senang dengan sikapnya. memang dia tidak merampuih kerana aku, tapi aku yang terasa bila hentakkan demi hempasan buku-buku dan pintu-pintu yang dilakukan telah menusuk ke kalbu aku. sedikit demi sedikit, hari makin hari, masa berganti masa, hati aku di robek, di hiris, di cabul, di cekam pelbagai perasaan.

ke mana bintang beribu di malam ini tiada satu pun yang kelihatan kecuali kelam, seperti memerli kerundungan duka di hati aku. mungkinkah hujan akan turun menemani malam? Makin sepilah malam aku ini tiada teman bicara walaupun mereka ada di depan mata. Walaupun lena aku panjang setiap masa, tiada mimpi indah yang bakal bertandang untuk mengisi kekosongan aku sepanjang aku menghitung hari berlalu, seksanya aku walaupun hati sentiasa teringat. Kau jauh di atas sana dan sudahnya aku akur dengan perpisahan dan tak aku duga kau jelma pula menagih lagi janji lama. Memang amat sukar bagi aku untuk terima kehadiran untuk bersama semula. Tak perlu kau menjelma lagi mahupun nyata atau mimpi kerna bagi aku semua yang berlaku aku biar kan berlalu.

Terjauh terpisah diriku dan dirimu dalam ruang, waktu dan mertabat maruah. Aku jalani sepiku tanpa kamo semua selama yang mungkin. Resah aku tanpa hadirmu tak pernah kamo memikirkan, sungguh berat hatiku merasakannya, perpisahan yang amat terasing kamo berikan pada aku. Di atas kesalahan dan balasan hukuman yang tidak patot kamo berikan tanpa aku mengerti di mana khilaf aku. Kamo sememangnya hebat dalam mengadili dan menilai orang lain, sedarlah kamo juga bukan malaikat yang suci lagi.

No comments:

Post a Comment