Friday, June 19, 2009

SABAH...1st DAY...


hotel kami di pekan Samporna SABAH..pekan nye besa jer mcm pekan parit gak...matahari kat sini terbit cepat..kami igt da tgh hari rupanye bru kul 10pg... si kenit ni jgk yg hapi, sampai tak tido mlm...pelik toi...hahahaa... suma da siap... apa lagi... pengembaraan diteruskan lagi...
hahhaaa... LAYAANN...


hotel kami tol2 depan banggunan komuniti, masjid kat sana tak segah kat semenanjung, mereka ni memang kurang solat 5 waktu, tapi tentang perihal yang lain memang power, tapi masalah soSIAL tak de kat sana, alhamdulillah remaja kat sana tak macam kat tempat kita, bersepah berpeleseran, di sebabkan ekonomi mereka tidak setabil, maka ramai juga anak-anak muda yang bekerja buruh dan meniaga. lepas sarapan pagi dengan roti canai samporna, abang min macam besa dok berebot kereta sewa lak. ada 3 buah kereta, iswara merah milik abang asri, kancil puteh and viva sewa. abang aku sebat viva la dah itu yang terbaru and ada air-cond. buruk perangai toi.

barang dagangan mereka disini mutiara lah. so, abang asri bawa kami ke Floating, teman ingatkan nak pegi berenang, rupenye tempat shopping. tapi itu kira tempat jualan survenior untuk pelancong-pelancong la. memang murah amat. klu kat tempat kita labu sayung, kain batik, songket, tudung, kat sini kalau nampak makcik-makcik atau akak-akak pakai gelang n rantai emas berkati-kati jangan la terkejut, wat-wat tak nampak jer tau, sebab kat sana kan tak de shopping cmplx, maka mereka banyak perabihkan duit pada beli harta macam barang kemas, tanah, rumah. rumah kat sana jangan cakap ar. macam mana rumah datuk-datuk kat sini, itu lah rumah rakyat-rakyat biasa di sana, memang besar.

kemudian kami teroskan perjalanan dengan jalan-jalan cari makan lak. kali nie kami ke rumah tok penghulu kampung. ada kenduri kawen anak dia. kalau tak tarikh kenduri tu sama dengan akak tapi di sebabkan abang asri kawen dengan orang semenanjung maka tok tu sanggup percepatkan tarikh kawen anak dia semata-mata sebab akak. dasat toi. memang gempak sampai kat rumah tok tu. da macam keraian cina mampos pon ada. dengan berpancaragam nye. kami kat atas rumah mengalai lak. memang meriah la. suma orang-orang mereka sambut kedatangan kami dengan baik.

tapi kami nie tak cukup baik la pulak. teman, yong, kak liza n anak, bersama 2 orang abang teman yang sengal leh buat alasan 'asri, airil ni dah mula meragam, cadangnye kami nak balik hotel dulu la sebab susu dia tertinggal'-abang min. padahal abang yin n abang min da tak larat nak makan makanan orang sana. kami pun balik ke hotel tapi tak sempat nak melabuh bontot atas katil akak da call, 'satg kami datang kita gi makan kat umah asri'. last2 kena makan gak. hahahahaa.. cian abang teman. pelik, teman makan elok jer, sedap woo..

tapi time makan tengah hari tu cian tol kat abang min, edy buat lawak abang min sampai merah2 muka. edy tu anak tunggal kakak angkat abang asri, agak sadis citer mak ayah dia. bercinta dari form1 bertunang waktu form3, kawen form4 tapi bercerai form5, mak dia menganduung kan dia time jawab SPM, bayangkan lah... kalau bercerai sebab bapak dia jumpa pompuan lain kat oversee leh teman terima, bila dapat tau bapak dia jumpa pumpuan lain kat Poli jew, memang sumpah seranah teman kat insan yang berjantina lelaki. tapi itu ah duniawi.

No comments:

Post a Comment