Monday, October 26, 2009

Ya Allah, Ampunkanlah Dosa Kami...

0515 a.m, 27 Oktober 2009
aku menangis dalam tidur, terjaga aku kerana tersentak kesedihan yang melampau sangat, lalu air mata aku tersembur keluar, aku menangis teresak-esak seperti suatu perkara yang amat pilu baru sahaja menerpa ke telinga aku.
amat aku sayang diri beliau di saat kami bersama, walaupun aku tidak menunjukkannya tapi aku lebih menyanyangi beliau dari isterinya. Beliau seorang yang tabah, cekal serta redha dengan ketentuan Illahi. Mempunyai 5 cahaya mata yang terdiri daripada 2 teruna dan selebihnya dara. Walaupun kehidupan beliau tidaklah sehebat mana namun beliau tidak pernah terhenti dari memanjat kesyukuran dengan apa yang telah Allah limpahkan kepadanya. Aku masih ingat lagi sewaktu beliau menegur aku kerana menonton drama korea, "ala paham ke orang tu cakap apa?" aku tersenyum kerana memang benar kata-kata beliau, untuk apa aku meninggikan volume peti tv padahal aku tidak mengerti kata-kata yang di sebut oleh pelakon itu. Dulu aku agak gerun dengan beliau mungkin kerana beliau agak tegas orangnya ketika mendidik abang-abang aku mengaji, atau mungkin aku agak kecewa pada ketika itu kerana dia tidak mengendahkan semangat aku ketika itu untuk berjuang bersama-sama abang-abang aku untuk menuntut ilmu dengan yakin memberi alasan aku masih kecil tapi dia memuji aku nampak comel bila memakai tudung pada seusia 4tahun.
Pada hari lahir beliau yang ke 73 aku telah menghadiahkan bekas kaca, mungkin bukan jodoh aku untuk lebih lama dengan beliau, bekas kaca itu pecah dan beliau memohon seribu kemaafan dari aku, amat aku terharu pada saat itu. Tiba sewaktu beliau jatuh sakit akibat dari penyakit kaum adam, aku dapat lihat betapa tenangnya air muka beliau sewaktu di hospital, walaupun bibir terkunci untuk berkata-kata tapi aku dapat merasakan keperitan yang beliau tanggungi. Dia berjuang untuk terus hidup di bumi-MU ini ya ALLAH kerana aku pasti beliau sendiri tidak pasti dosa pahala beliau selayaknya untuk menempatkan jasad serta roh beliau di surga-MU.
Masih aku membayangi, seawal pagi beliau mengayuh basikal untuk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga, keluar membeli barang-barang dapur, memenuhi segala pesanan sang isteri, bukan beliau tidak mampu memiliki kenderaan bermotor tapi beliau lebih menyanyangi anak bongsu beliau yang mempersuamikan seorang yang berat tulang dan hanya pandai menanam tebu di tepi bibir, beliau akur dengan ketentuan itu maka beliau berkorban demi kesenangan anak-anak. Pada pagi raya menjelang pasti cucu-cucunya pulang mencium tangan beliau, itu merupakan satu kewajiban bagi sesiapa yang datang ke rumah usang itu tidak kira muda mahupun yang tua. Sesungguhnya beliau amatlah dikagumi oleh penduduk setempat, sebutkanlah nama beliau pasti masih ada yang kenal sehingga ke hari ini.
0515 a.m, 27 Oktober 2003
Para malaikat telah datang untuk menjemput beliau, aku kaget apabila mendengar suara di corong telefon mengatakan beliau sedang nazak. Memang lama masa ALLAH telah berikan kepada kami untuk bersama beliau tetapi apa kan daya bukan jodoh kami untuk berada di sisi beliau di saat hembusan nafas terakhir beliau. Sayu tak terkata di hati kami melihat sekujur tubuh kaku di pembaringan, tidak bernyawa, tidak berganjak, tidak berkata-kata....
"Tok, Ala tak pernah lupa pada tok, maafkan ala sebab lama tak menziarah pusara tok, tapi mimpi yang ala ratapi tadi memang terasa tok hidup kembali, ala bersyukur sebab dapat jumpa tok semula walau dalam mimpi, tapi kenapa tok diam, ala peluk tok erat-erat, di saat itulah air mata ala keluar tok, ala rindu, ala mohon sangat agar ALLAH panjangkan hayat tok sampai tok tengok ala atas pelamin, tapi di tika itu juga tok menghilang.."
Ya Allah, KAU ampunkanlah dosa Haji Abdul Hamid bin Saad, KAU tempatkanlah beliau disamping orang-orang yang soleh dan ENGKAU peliharalah jasad serta rohnya..

Friday, October 23, 2009

tok..tok..tok.

petang tuh aku n mira bersama nami n nini pegi mengusung hati masing-masing ke jeti kuala perlis nak tengak matahari terbenam seperti mana hati kami yang terbenam akibat kekecewaan yang maha sangat, melihat air laut surut seperti mana surutnya jiwa kami melalui sat-saat gentir ini. ALLAHUAKBAR! memang cantik ciptaan ALLAH, hebat sungguh kuasa-NYA. aku kagum melihat kebesaran-MU. KAU hilangkan matahari dari kami, tapi KAU timbulkan bulan sebagai pengganti di malam hari. adakah itu yang cuba kamu ujikan pada aku?

termenung kami termanggu melihat semua yang berlalu dengan hati dan pandangan mata yang redup. adakah aku betah untuk terus berdiri di menara ini? inikah apa yang aku ingin kan selama hayat aku di bumi ini?

"mama, ala rindukan saat kita bersama,saat di mana semua anak-anakmu bersama,saat di ketika engkau aku lihat tersenyum tanda bangga,mengalir di bening tabir matamu mutiara jernih,bersama kata-katamu yang sungguh menyentuh ke sanubariku,tidak henti memesan dan menasihati,tunjuk ajarmu akan aku sentiasa semat di hati"


Tuesday, October 20, 2009

instrukter life...not conducter, ok...

dari atas, Zul, zetty, kasyah, k.emy
tengah, shida, reo, aina.aku, zira.fredy, k.ja and akid...

pada tanggal 4oktober yang lalu, aku bersama rakan-rakan aku telah berjaya menjalankan aktiviti di pulau pangkor bersama junior-junior aku yang hampeh2...hahahaa...
memang best la pegi pangkor... dpt kenal dgn junior2 yang tomey2...mcm tak caya jer...hahahaa...lagi tak caya...depa percaya aku baru part 1... hahahaa.... memang sukar dipercayai...siap minat-minat mcm superstar lak...perasaan sungguh aku ni...

Monday, October 5, 2009

somE-WAN

when i feeling small, when its cold outside
i don't know who i should believe
and when i needed someone special just by my side, who was there?

when i'm feeling cold, when it's rain outside
i don't know who is holding me and when i need a little kind and tender moment, who's with me?

i believe
someday i will love with someone who's by my side, someday...

my special one will come alone and i'll pray everyday...

when i'm lost inside, when i'm down and out
i don't know who i should recall and when i needed someone precoius just be my side there is no one there, no one was there...

someday i will love maybe someday one day will come,
i keep on praying everyda...

Sunday, October 4, 2009

My Sem4 Dinner..

The day that we all have been waiting for along time, 2 years we been planing for tonite performance. here it is. the nite where we were unite again to show them that we also can do it. NITE OF THE ARMY MUSICAL.
myra bujet bz, to pon payah kena suroh...

muke malas buat koje jer nie...
kami bersiap segala bendalah seawal sebelum syawal lagi, planing macam2, segala jenis idea di curahkan...dan lihat lah hasilnya..


eh, nie muke aku...

silap-silap, malam ni kami bertemakan army musical, di mana kesemua yang hadir berpakaian ala-ala army, memang meriah tapi agak serabut di akhir persembahan kami...
lukisan muke-muke lec kami yg hensem n cun...
mana 1 gurl, mana 1 boy?? pk lah...
yob, mencapap...
roomate aku yg sumey2...aku, ika, myra...
apa-apa hal, korang memang bez n hevoc la, cayalah TRAPEZIOD!!!

Friday, October 2, 2009

xoxoxo..yang indah...

hati aku riang malam ini walau di sewaktu ketika petang tadi aku menitis air mata lagi kerna dia. hari aku bagai terbit mentari yang indah seindah bulan pernama malam ini. walau pada tika saat sebelum aku mengorak langkah itu, aku memang cukup berasa kecewa dengan apa yang terjadi pada kami. diam seribu makna di sebalik kesibukkan masing-masing setelah penat meraikan hari bahgia seminggu syawal yang lepas. namun dia menaikkan semula senyuman di bibir aku. sungguh aku merindui dia dan waktu-waktu kami dahulu. aku sering menadah tangan pada yang maha Esa agar kami di kurniakan semula detik-detik indah dulu walau untuk seketika waktu yang singkat. akan aku paterikan saat itu sehingga aku di hujung nyawa.

terima kasih..

Thursday, October 1, 2009

haru biru hidup aku celaru

apakah ini semua?

Dari awal hingga akhirnya tiada sedikit pun perubahan. Yang tak menentu aku juga yang terpaksa telan sorang-sorang, kegelisahan dan sifat memberontak secara diam membuatkan aku tidak senang dengan sikapnya. memang dia tidak merampuih kerana aku, tapi aku yang terasa bila hentakkan demi hempasan buku-buku dan pintu-pintu yang dilakukan telah menusuk ke kalbu aku. sedikit demi sedikit, hari makin hari, masa berganti masa, hati aku di robek, di hiris, di cabul, di cekam pelbagai perasaan.

ke mana bintang beribu di malam ini tiada satu pun yang kelihatan kecuali kelam, seperti memerli kerundungan duka di hati aku. mungkinkah hujan akan turun menemani malam? Makin sepilah malam aku ini tiada teman bicara walaupun mereka ada di depan mata. Walaupun lena aku panjang setiap masa, tiada mimpi indah yang bakal bertandang untuk mengisi kekosongan aku sepanjang aku menghitung hari berlalu, seksanya aku walaupun hati sentiasa teringat. Kau jauh di atas sana dan sudahnya aku akur dengan perpisahan dan tak aku duga kau jelma pula menagih lagi janji lama. Memang amat sukar bagi aku untuk terima kehadiran untuk bersama semula. Tak perlu kau menjelma lagi mahupun nyata atau mimpi kerna bagi aku semua yang berlaku aku biar kan berlalu.

Terjauh terpisah diriku dan dirimu dalam ruang, waktu dan mertabat maruah. Aku jalani sepiku tanpa kamo semua selama yang mungkin. Resah aku tanpa hadirmu tak pernah kamo memikirkan, sungguh berat hatiku merasakannya, perpisahan yang amat terasing kamo berikan pada aku. Di atas kesalahan dan balasan hukuman yang tidak patot kamo berikan tanpa aku mengerti di mana khilaf aku. Kamo sememangnya hebat dalam mengadili dan menilai orang lain, sedarlah kamo juga bukan malaikat yang suci lagi.