Tuesday, December 7, 2010

Nazifa Farhani...dah Dogol...

assalamualaikum para blogger skalian, (ceh, terlebih warak jer rupe)
sempena dgn 1 Muharam 1432, anak sdara aku yg sorg lagi, Nazifa Farhani telah selamat menyambut kenduri naik buai dan cukur jambul, aduhai, amat lah comel setelah dia di dogolkan kepalanya...hahaha...jahat toi maksu ni..hihihiii...

Sebelum di Dogolkan..
cece..mcm princess gitu..


  Sesudah di Dogolkan..
alahai, da mcm golum cite LOTR jer..

  mama & papa Efahani..

sepanjang majlis naik buai..

Dengan ini tak lupa juga, anak sdara aku sorang lagi, mohd arzmir airil, dimana menggatai dgn Nia Zulaikha jer tak sudah2..um..mybe sbb dia dah tak de kawan lain kan...hahaha... jgn airil dah besor jadi kasanova, sudah la ye, acu campak lombong jer nnt...hihihiii...

mula2 baik lah..

 depan org cover la sket kan..

 abah dah bg green lite, layan lah ye airil..haha..

KasaNova terkini..

sebelum majlis ni bermula, semalam nya kami dah sampai kampung utk sediakan apa2 yang patut, so di sebabkan dapur tak siap lagi sikit, maka abg asri itu itu merangkap papa efahani, menunjukkan skill beliau utk menampal dinding dapur tuh..sape suh buat pandai sgt..hahaha...dah terlepas ckp opsyen abg asri time kat maktab dulu, layan jela...hihihiii...
adus, hilang kemachoan abg asri..

before i end this post, hihihii.. nak amek pic cupcake yong aku buat..sedap gak..klu nk try pegi lah kedai dia kat banggunan mara, pekan parit, perak....fuh, promote gitu...komisyen lebeh yong!
hahaha...
daa.... c u guys soon...

Sunday, December 5, 2010

Ku Kira..

wah..wah..wah.. airil dah makin meningkat remaja, cewah, ye2 jew, padahal ckp pown pelat lg..
airil..airil.. acu pun dah pening dgn kerenah airil..
love, my ibonda, amatlah syg sama mama, tiada siapa dpt ganti kasih syg mama, walau sepanah hali lintar suaramu menjerkah seluruh alam kanak2 ku.. aku cinta pada mu..
pic ni time raye aji, saje nak menaip, ni kera dah sampai tahap bosang yg melampaui batasan lah ni..
sambil tuh saje nak hilangkan perasaan chemburu yg membuak2 ni...hahaha...

nak letak pic nazifa tapi dia tuh tak brapa mesra alam lagi dengan cuaca di semenanjung ni..hahaha...
tak leh blah toi dak kenit tuh...kenit2 dah naik flight...
oklah...bye..salam..

Friday, December 3, 2010

pamily dey

 huhuhuu...hujung minggu yg best! malas nk cite, sapa nk tgk, korg enjoy la tgk ek..hihihiii...











Thursday, September 9, 2010

Raya Menjelma Lagi..

Alhamdulillah, aku kembali ber'blogging' setelah sekian lama aku mendian diri kerana kesibukan dengan aktiviti praktikal yang amat menyeronokkan bersama teman-teman aku di JBS Perlis..korang mmg best!

Raya menjelma lagi pada tahun ini dan aku diberi sekali lagi kesempatan untuk menyambut Ramadhan ini walau dengan perasaan yang hiba dengan pemergian ayahanda saudara tercinta dan ketiadakan ibunda di sisi kerana beliau sedang berada di Sabah melawati cucunda beliau di sana. huhuhuu... ayat tak leh blah...

NAZIFA FARHANI


So, raya kali ini aku bersama abang yin ( mak aih perkara yg paling aku tak suka dan tak jangka)... Almaklumlah, jenuh nak duduk sebumbung dgn beliau ni, aku lah masak, aku lah kemas rumah, aku lah wat itu, aku lah juga wat ini, penat! Tak kisahlah, janji kami hapi... huhuhuu...

Aku agak hapi sebab ada 2ekor tikuih menemani setiap malam-malam aku..huhuhu..amatlah comey mereka ini, nama diberi Ozil Roboski & Marya Rosboski...huhuuuu..



DENGAN INI SAYA FARAHANA ZAINAL MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, 
SEPULUH JARI DAKU MENYUSUN MEMOHON AMPUN DI ATAS SEGALA KILAF,
MOGA PERTALIAN YG TERJALIN AKAN KEKAL SELAMANYA..

Tuesday, June 15, 2010

Bola Punye Pasal..

Malam tadi best gak la walaupun agak bosan tapi dapat gak jumpa airil setelah hampir 2minggu dia tak datang ke rumah. Dan akhirnya juga dapat aku berjumpa my new boyfren yang baru declare 2-3 hari lepas kat YM. ahahhaa... Amat kelakar... Airil suka sangat kat dia, biler jumpa jer, tersengeh-sengeh... huhuu...

Apa-apa pun acu sayang kat airil tau..(wat masa ni jela kot)..
Kamu da besar jadi yg terbaik dari abah n pak long kamu tau...

Monday, June 14, 2010

tiada yg sEiNdaH kHaBaR...

assalamualaikum,
petang tadi tiba-tiba abg yin dan syafik ajak pegi berkelah kat kuala woh, tapi tak jadi sebab hujan, dan kompom sebab makcik timah yang tak bagi anak-anak dia pegi, aku kenal sangat makcik timah tu. huhuhuu..
tiba-tiba nset aku berbunyi lagu korea, entah kenapa cuti-cuti ni aku layan emo tak habis-habis.
bukak lah msg yg di terima, terkejut aku tiba-tiba dapat mms dari kakak aku, 1st igt minah mana la, tengok balik rupa nya kakak kesayangan aku.
huhuhuuu...tembamnye akak...tp tetap comel...abg yin kata akak da mcm mak budak sgt...hehheee....
apa-apa pun kami kat sini amat rindu kat akak, terutama mama and ayah...

LOVE YOU!!!

Wednesday, June 9, 2010

day's 4 without mama

Amatlah bosan hidup aku cuti sem kali ni. Dengan ada masalah dengan boy, frenz, bestie da xde, cool person da hilang, sepupu bz dgn kerje dan nak masok kolej da, family yg masing-masing bz dgn family sendiri, mama pegi umrah 2 minggu, my love tertinggal kat arau, memang agak perit life aku sem ni.

Hari ni masuk hari ke-4 mama pegi umrah, pagi tadi mama call ckp mama skunk kat madinah lg, ptg krang pegi makkah lak. Best nye. Melancong tapi agama dan tanggungjawab sebagai insan yg memeluk islam tidak di abaikan.

Dan hari ni juga aku mati akal nak masak apa utk abg aku. Padan muke dia lah, nasib lah dapat adik tak reti masak mcm aku. Huhuhuuu.. Dah dia malas nak kuar rumah biler hari isnin-jumaat, barang-barang dapur sume dah habis, apa aku nak buat lagi, takkan aku nak kuar jalan kaki, to la payah nye biler xde lesen kereta. Tak pe, Insya'ALLAH, next sem aku akan amik lesen kete jugak, no matter wat...

So, keje aku on9 sepanjang masa, memang best tp bila dah hari-hari mcm ni, amatlah bosan. Sebab biler aku on9 kekadang menyakitkan hati. Sikap manusia-manusia yang tak reti nak memaafkan orang lain dan bersikap pendendam sampai mati. Subahanallah, jauhkan lah aku dari sifat ini dan orang-orang seperti ini. Amin.

Aku jadi patah kaki sebab my love aku still ada kat kangar, sebb sem dpn aku praktikal kat kangar. So terpaksa lah aku bergoyang kaki jer kat rumah sepanjang sem ni. Kalau nak kuar pun dengan abang aku. Macam tak caya aku akan selalu dengan abang aku tu. Suma sebab kakak da pindah ke sabah. Aku lah pengganti kakak pada abang. Tapi aku amatlah berbeza dengan kakak.

Sabar jela yer abang yin......

Saturday, June 5, 2010

aLa sayang MAMA!

Pagi tadi aku hantar mama ke pusat berkumpulnya para jemaah-jemaah umrah,jam 1.30 bertolaknya bas setelah semua siap menaiki bas berkenaan. Dari raut wajah mama, aku dapat lihat betapa excited nya mama nak kembali ke tanah suci itu. Sepuluh tahun dahulu mama mengerjakan haji seorang diri dan kini mama kembali ke sana seorang diri bertemankan rakan-rakan jemaah. Aku, abg yin dan kak liza bersama airil mengiringi keberangkatan mama. Secebis rasa sebak memang ada di hati sebab bila di kenangkan kembali apa yang mama pernah katakan 2 hari sebelum mama pergi di hadapan abg yin, abg min dan aku sendiri.

"kalau mama tak balik semua harta-harta mama kamu bagi 50-50, jangan lebih tak ada kurang, semua dapat sama, abg yin, abg min, kakak dan ala, tau.."

Kenapa la mama cakap macam tu, tak suka, kami sayang mama, mama lah serikandi terhebat di hati kami, memang benar kasih ibu tak dapat di cari ganti. Aku mendoakan mama bahagia di sana dan selamat di sepanjang perjalanan umrah itu sehingga   kembalinya mama ke tanah air.


Kami menanti kepulanganmu...

Wednesday, May 19, 2010

jamboree mcm nak MATI!!!


hari tu aku n kawan2 sepejuangan aku yang lain join jamboree berbasikal around perlis sejauh lebih 50km... bermula jam 5 pagikami bertolak ke politeknik pauh, berbasikal beramai2... setiba kami di sana sesudah solat subuh, kami mengira detik dan saat untuk bermulanya pengembaraan kami meredah hutan, mendaki bukit, menuruni cerun, melintasi jambatan dan isontonik, menyeberangi sungai.


pergh...memang rasa macam nak mati...dah la aku injured kat lutut n pinggang... mula2 memang best la kayuh da mcm speed racer jer... last2 aku kecundang sket laa... tapi yang pasti aku bukan di antara yang chicken loop...


masa tengok wani n fatin nabila cedera lepas turun cerun yang ada selekoh tajam tuh..aku ada gak perasaan lega sebab at least aku bukan yg terakhir dan yg kecundang di tengah medan perjuangan. tapi aku memang simpati la dengan nasib depe. tapi korang da memang the best, ok..


time kat bukit botak amat perit, dengan suhu kepanasan yang melampau-lampau. nasib baik ada uncle nie baik dengan aku n bagi semangat kat aku untuk teroskan perjuangan. dia da kata, "jamboree ni mcm hidup kite jgk, ada kala kita senang time turun bukit tak perlu kayuh, dan ada kala kita susah dan hampir putus asa dalam hidup time naik bukit botak". maksud yg dia cuba sampaikan amat dalam. ko pk la sindri.


biler aku makin hampir di titik terakhir, aku membara bila check point akhir mengata kan aku akan dapat meddle sbb kategori perempuan ramai tak sampai lagi. aku makin semangat, tapi biler sampai kat titik akhir, aku amat kecewa, sebab sume hadiah chicken loop da kebas...urm...
mama ayah, maafkan ala....

masum 2010



gile ar...minggu lepas aku join masum karate...amat best! geng aku sume giler-giler... kutik, zaty, mira, ika, oni, faiz, n roy... asyik gelak jer memanjang... time tgk budak lain lawan pun gelak, tu sume abg lan punye keje la...dok ngutuk org jer... tak boleh blah btoi...suh lawan nnt terkengkang2 kaki ko...hahaha...






penat tak sah ckp laa... 1st day da kena pegi jitra amek lapik gelanggang kat polimas. naik lori lak tuh..da mcm pendatang asing kena tahan dgn polis jer... tak pun mcm budak keje kontrek kawen...hahaha... memang kelakar... tapi dpat mkn free... abg lan belanja...



saat paling best msa last day... aku dpt bergambar dgn kembor azam ulna...hahaha... nama dia aziz kot... ni sume roy punye keje ar... xpela... sporting punnye pasal... layan jela... hahaha... ada mcm sweet kaple tak????

Friday, February 19, 2010






















Khamis lepas aku ke shah alam uitm untuk bermalam di sana 4hari, bertolak jam 4ptg dan sampai di kolej mawar jam 1pg. Awal pagi esoknya, kami ke perbadanan putrajaya untuk melawati sekitar putrajaya, ini perkara biasa bagi aku kerana keindahan ciptaan manusia sesungguhnya tidak dapat di tandingi kehebatan kuasa ALLAH. Dan selepas solat zohor, kami ke taman cabaran, seperti biasa dalam hati aku takut sangat biler cakap tentang berbasikal ni, sebab aku tak fit. Dalam kepala otak dok pikir aku mesti yang last skali. Biler bermulanya program berbasikal tu, aku seronok sangat sebab trek dia memang best, tiba-tiba aku takut sebab brek aku tak makan pulak, kalu tidak mesti dah best aku turun bukit-bukit tu semua. Demi keselamatan aku redha dan cuba perlahan-lahan, tapi memang best, jauh sama sekali dari apa yang aku jangka, memang aku lebih suka berbasikal dalam trek berbanding berbasikal di on road. Alhamdulillah sepanjang berbasikal tu aku tak ada sebarang kecederaan atau berlakunya perkara yang memalukan.

Keesokkan harinya aku ke true fitness petaling jaya dan berjumlah dengan en. Dino yang selama ni aku dengar suara dia je. Hensem bukan kepalang, sungguh mengingatkan aku pada basil. Biler mereka cerita tentang laife mereka as a trainer, memang aku berminat sangat, tapi biler fikir tentang social life mereka terlalu terdedah pada perkara yang sumbang, tak jadi la. Sesungguhnya ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing, so I just follow the flow. Petang tu ke gym uitm, berjumlah kami dengan senior-senior maxilla, biler dengar dan tengok life mereka kat sana tiba-tiba aku rasa tak mahu menyambungkan study, tak tau kenapa.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab mokhtar tak jadi jumpa aku petang tu, kalu tidak tak tahu lah apa akan jadi.

Wednesday, January 20, 2010

new familia member!!

alhamdulillah, bersyukur aku pada kurniaan MU ya ALLAH, ENGKAU telah menambahkan lagi cahaya kebahagiaan dalam hidup aku dan keluarga aku, menitis air mata kesyukuran aku setelah mendengar berita gembira ini, sujud syukur aku padaMU.

semalam akak aku call and bagi tau dia dah pregnant sebulan, perghh!!
suke giler aku..1st thing mesti aku da terbayang-bayang anak akak tu mesti comel mcm aku jgak...
hahhaaa...memang kelakar...

akak, ala sentiasa doakan kebahgiaan kita sekeluarga dan keselamatan akak kat sabahan tuh, kuat kan semangat dan cekal kan hati tau, ala tau akak lagi kuat dari ala walau secara zahirnya memang sume orang tau ala lagi kuat dari akak, hahahaa...

cayang kamo!!!!