Wednesday, June 9, 2010

day's 4 without mama

Amatlah bosan hidup aku cuti sem kali ni. Dengan ada masalah dengan boy, frenz, bestie da xde, cool person da hilang, sepupu bz dgn kerje dan nak masok kolej da, family yg masing-masing bz dgn family sendiri, mama pegi umrah 2 minggu, my love tertinggal kat arau, memang agak perit life aku sem ni.

Hari ni masuk hari ke-4 mama pegi umrah, pagi tadi mama call ckp mama skunk kat madinah lg, ptg krang pegi makkah lak. Best nye. Melancong tapi agama dan tanggungjawab sebagai insan yg memeluk islam tidak di abaikan.

Dan hari ni juga aku mati akal nak masak apa utk abg aku. Padan muke dia lah, nasib lah dapat adik tak reti masak mcm aku. Huhuhuuu.. Dah dia malas nak kuar rumah biler hari isnin-jumaat, barang-barang dapur sume dah habis, apa aku nak buat lagi, takkan aku nak kuar jalan kaki, to la payah nye biler xde lesen kereta. Tak pe, Insya'ALLAH, next sem aku akan amik lesen kete jugak, no matter wat...

So, keje aku on9 sepanjang masa, memang best tp bila dah hari-hari mcm ni, amatlah bosan. Sebab biler aku on9 kekadang menyakitkan hati. Sikap manusia-manusia yang tak reti nak memaafkan orang lain dan bersikap pendendam sampai mati. Subahanallah, jauhkan lah aku dari sifat ini dan orang-orang seperti ini. Amin.

Aku jadi patah kaki sebab my love aku still ada kat kangar, sebb sem dpn aku praktikal kat kangar. So terpaksa lah aku bergoyang kaki jer kat rumah sepanjang sem ni. Kalau nak kuar pun dengan abang aku. Macam tak caya aku akan selalu dengan abang aku tu. Suma sebab kakak da pindah ke sabah. Aku lah pengganti kakak pada abang. Tapi aku amatlah berbeza dengan kakak.

Sabar jela yer abang yin......

Saturday, June 5, 2010

aLa sayang MAMA!

Pagi tadi aku hantar mama ke pusat berkumpulnya para jemaah-jemaah umrah,jam 1.30 bertolaknya bas setelah semua siap menaiki bas berkenaan. Dari raut wajah mama, aku dapat lihat betapa excited nya mama nak kembali ke tanah suci itu. Sepuluh tahun dahulu mama mengerjakan haji seorang diri dan kini mama kembali ke sana seorang diri bertemankan rakan-rakan jemaah. Aku, abg yin dan kak liza bersama airil mengiringi keberangkatan mama. Secebis rasa sebak memang ada di hati sebab bila di kenangkan kembali apa yang mama pernah katakan 2 hari sebelum mama pergi di hadapan abg yin, abg min dan aku sendiri.

"kalau mama tak balik semua harta-harta mama kamu bagi 50-50, jangan lebih tak ada kurang, semua dapat sama, abg yin, abg min, kakak dan ala, tau.."

Kenapa la mama cakap macam tu, tak suka, kami sayang mama, mama lah serikandi terhebat di hati kami, memang benar kasih ibu tak dapat di cari ganti. Aku mendoakan mama bahagia di sana dan selamat di sepanjang perjalanan umrah itu sehingga   kembalinya mama ke tanah air.


Kami menanti kepulanganmu...

Wednesday, May 19, 2010

jamboree mcm nak MATI!!!


hari tu aku n kawan2 sepejuangan aku yang lain join jamboree berbasikal around perlis sejauh lebih 50km... bermula jam 5 pagikami bertolak ke politeknik pauh, berbasikal beramai2... setiba kami di sana sesudah solat subuh, kami mengira detik dan saat untuk bermulanya pengembaraan kami meredah hutan, mendaki bukit, menuruni cerun, melintasi jambatan dan isontonik, menyeberangi sungai.


pergh...memang rasa macam nak mati...dah la aku injured kat lutut n pinggang... mula2 memang best la kayuh da mcm speed racer jer... last2 aku kecundang sket laa... tapi yang pasti aku bukan di antara yang chicken loop...


masa tengok wani n fatin nabila cedera lepas turun cerun yang ada selekoh tajam tuh..aku ada gak perasaan lega sebab at least aku bukan yg terakhir dan yg kecundang di tengah medan perjuangan. tapi aku memang simpati la dengan nasib depe. tapi korang da memang the best, ok..


time kat bukit botak amat perit, dengan suhu kepanasan yang melampau-lampau. nasib baik ada uncle nie baik dengan aku n bagi semangat kat aku untuk teroskan perjuangan. dia da kata, "jamboree ni mcm hidup kite jgk, ada kala kita senang time turun bukit tak perlu kayuh, dan ada kala kita susah dan hampir putus asa dalam hidup time naik bukit botak". maksud yg dia cuba sampaikan amat dalam. ko pk la sindri.


biler aku makin hampir di titik terakhir, aku membara bila check point akhir mengata kan aku akan dapat meddle sbb kategori perempuan ramai tak sampai lagi. aku makin semangat, tapi biler sampai kat titik akhir, aku amat kecewa, sebab sume hadiah chicken loop da kebas...urm...
mama ayah, maafkan ala....