Friday, February 19, 2010






















Khamis lepas aku ke shah alam uitm untuk bermalam di sana 4hari, bertolak jam 4ptg dan sampai di kolej mawar jam 1pg. Awal pagi esoknya, kami ke perbadanan putrajaya untuk melawati sekitar putrajaya, ini perkara biasa bagi aku kerana keindahan ciptaan manusia sesungguhnya tidak dapat di tandingi kehebatan kuasa ALLAH. Dan selepas solat zohor, kami ke taman cabaran, seperti biasa dalam hati aku takut sangat biler cakap tentang berbasikal ni, sebab aku tak fit. Dalam kepala otak dok pikir aku mesti yang last skali. Biler bermulanya program berbasikal tu, aku seronok sangat sebab trek dia memang best, tiba-tiba aku takut sebab brek aku tak makan pulak, kalu tidak mesti dah best aku turun bukit-bukit tu semua. Demi keselamatan aku redha dan cuba perlahan-lahan, tapi memang best, jauh sama sekali dari apa yang aku jangka, memang aku lebih suka berbasikal dalam trek berbanding berbasikal di on road. Alhamdulillah sepanjang berbasikal tu aku tak ada sebarang kecederaan atau berlakunya perkara yang memalukan.

Keesokkan harinya aku ke true fitness petaling jaya dan berjumlah dengan en. Dino yang selama ni aku dengar suara dia je. Hensem bukan kepalang, sungguh mengingatkan aku pada basil. Biler mereka cerita tentang laife mereka as a trainer, memang aku berminat sangat, tapi biler fikir tentang social life mereka terlalu terdedah pada perkara yang sumbang, tak jadi la. Sesungguhnya ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing, so I just follow the flow. Petang tu ke gym uitm, berjumlah kami dengan senior-senior maxilla, biler dengar dan tengok life mereka kat sana tiba-tiba aku rasa tak mahu menyambungkan study, tak tau kenapa.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab mokhtar tak jadi jumpa aku petang tu, kalu tidak tak tahu lah apa akan jadi.

Wednesday, January 20, 2010

new familia member!!

alhamdulillah, bersyukur aku pada kurniaan MU ya ALLAH, ENGKAU telah menambahkan lagi cahaya kebahagiaan dalam hidup aku dan keluarga aku, menitis air mata kesyukuran aku setelah mendengar berita gembira ini, sujud syukur aku padaMU.

semalam akak aku call and bagi tau dia dah pregnant sebulan, perghh!!
suke giler aku..1st thing mesti aku da terbayang-bayang anak akak tu mesti comel mcm aku jgak...
hahhaaa...memang kelakar...

akak, ala sentiasa doakan kebahgiaan kita sekeluarga dan keselamatan akak kat sabahan tuh, kuat kan semangat dan cekal kan hati tau, ala tau akak lagi kuat dari ala walau secara zahirnya memang sume orang tau ala lagi kuat dari akak, hahahaa...

cayang kamo!!!!

Thursday, December 31, 2009

NEW YEAR!!

aku tahu hari ni tahun baru 2010, no yg ong, gandaan no genap. tapi aku tak de mud nk tulis apa2 sbb perkara tetap sama, manusia tetap sama, peperangan tetap tak akan berakhir, pergelutan kuasa dunia tetap berkecamuk. apa yg dikatakan baru?

azam? sume berazam, nak itu,nak ini, nak capai sana, nak rebut sini, tu sume duniawi. cuba berazam nak solat penuh 5waktu, khatam Quran sebulan sekali, kumpul duit pegi haji. alhamdulillah, kalau sume antara kite berazam macam tuh dan syukur jika dapat menunai kan nya dengan lengkap...

entah la..mmg aku xtau nak tulis apa..
aku doakan semoga pembaca blog ini, terima kasih tak terhingga sbb sudi meluang masa utk melawat blog2 aku.. moga hidup kite di masa mendatang lebih di berkati dan bersama lah kita membina ukhwah sejati dalam memperkukuh kan lagi organisasi umat islam..