Friday, February 19, 2010






















Khamis lepas aku ke shah alam uitm untuk bermalam di sana 4hari, bertolak jam 4ptg dan sampai di kolej mawar jam 1pg. Awal pagi esoknya, kami ke perbadanan putrajaya untuk melawati sekitar putrajaya, ini perkara biasa bagi aku kerana keindahan ciptaan manusia sesungguhnya tidak dapat di tandingi kehebatan kuasa ALLAH. Dan selepas solat zohor, kami ke taman cabaran, seperti biasa dalam hati aku takut sangat biler cakap tentang berbasikal ni, sebab aku tak fit. Dalam kepala otak dok pikir aku mesti yang last skali. Biler bermulanya program berbasikal tu, aku seronok sangat sebab trek dia memang best, tiba-tiba aku takut sebab brek aku tak makan pulak, kalu tidak mesti dah best aku turun bukit-bukit tu semua. Demi keselamatan aku redha dan cuba perlahan-lahan, tapi memang best, jauh sama sekali dari apa yang aku jangka, memang aku lebih suka berbasikal dalam trek berbanding berbasikal di on road. Alhamdulillah sepanjang berbasikal tu aku tak ada sebarang kecederaan atau berlakunya perkara yang memalukan.

Keesokkan harinya aku ke true fitness petaling jaya dan berjumlah dengan en. Dino yang selama ni aku dengar suara dia je. Hensem bukan kepalang, sungguh mengingatkan aku pada basil. Biler mereka cerita tentang laife mereka as a trainer, memang aku berminat sangat, tapi biler fikir tentang social life mereka terlalu terdedah pada perkara yang sumbang, tak jadi la. Sesungguhnya ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing, so I just follow the flow. Petang tu ke gym uitm, berjumlah kami dengan senior-senior maxilla, biler dengar dan tengok life mereka kat sana tiba-tiba aku rasa tak mahu menyambungkan study, tak tau kenapa.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab mokhtar tak jadi jumpa aku petang tu, kalu tidak tak tahu lah apa akan jadi.